Jom selamatkan lebah!

Terjumpa kawanan lebah?

Tak mahu disengat

Bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga apabila ada lebah bersarang di rumah? Tak tahu apa nak buat agar tidak disengat lebah?

WhatsApp Image 2018-02-09 at 3.05.31 PM

Peranan lebah dalam ekosistem alam

Selain menghasilkan madu yang bermanfaat tinggi, lebah sebenarnya memainkan peranan penting dalam kelestarian biodiversiti. Lebah terletak pada awal rantaian makanan. Ia memulakan dengan mendebunga bunga-bungaan yang menghasilkan buah. Lalu buah menjadi makanan haiwan herbivor seperti tupai yang kemudiannya menjadi makanan karnivor seperti harimau. Jika lebah tiada, terputuslah rantaian ekosistem alam.

Lebah diancam kemusnahan

Habitat tempat tinggal dan tempat mencari makan lebah semakin berkurang. Populasi lebah pun turut berkurang. Dengan perubahan cuaca dan penggunaan racun serangga berleluasa dalam pertanian, lebah diancam kemusnahan.

Lestarikan lebah, demi kelestarian sejagat

Sertai kami sebagai aktivis

Persatuan Penyelamat Lebah Malaysia – MY Bee Savior Association
Rumah Pendebunga,
Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang,
Selangor.